TAHLIL BUKAN BIDAAH,BACALAH BAGI FAHAM......

Saturday, September 20, 2008


MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil.

Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam.

Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu.

“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya.

Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.

“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.

Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama.

Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui.

“Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah.

“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya.

Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.

Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda.

Tahlil arwah:

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.

Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.

HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.

Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar.

Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.

Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

RAMADAN BRINGS TO MUSLIM THEIR UNITY.BY;MUHYIDDIN TANTAWI

Thursday, September 4, 2008

The month of ramadan is the month wherein the Qur'an was sent down;a guidance to mankind,and clear evidences of the guidance and the criterion.This is the month in which Allah has prescribed for us fasting as a general islamic ritual so as to indicate the unity among all the muslims.This is a kind of unity that is not limited to any time or place,or weakened by distances or geographical boundaries ,be they natural or political .In addition,this unity is not obstructed by any race,color or language.This is due to the fact that islam does not pay any attention to such matters.In support of this,Allah ,the Ever-Exalted,says:

[O you mankid,surely we created you of a male and a female,and we have made you races and tribes that you may get mutually acquanted.Surely the most honorable among you in the providence of Allah are the most pious;surely Allah is ever-knowing,ever-cognizant.]
[al-hujurat[the apartments]13]
Moreover,Allah 's messenger [may the blessings and of an arab over a foreigner neither for a white man over a black one except with piety .you were born from adam and adam was created from earth.

This unity is based on a pillar symbolizedk in the creed believed by all the muslis.For example,whoever among them witnesses the month of ramadan is obligated to fast it.In this regard,fasting the month of ramadan brings Allah's mercy,satisfaction,generosity and kindness towards His satisfaction.by doing so ,the muslims are worthy of Allah's care and mercy.

Some scientists have drawn a similarity between fasting and the protective serum that protects the body against serious diseases and viruses.That serum is injected into the body of the muslims during a whole month of every year,so that the fasting person is armed with a strong will able to resist all desires,including the sexual one.If this is the case with the ones who observe fasting for only one month in the year,what will the case be with the one who observes fasting for two or three days of every week throughout the whole year?!add to this that one does not aim behind observing fast except winning Allah's satisfaction and drawing near to Him.Lastly,TAHAJUD DONT FORGET......OK SEE AAA

SEJARAH YANG MEMUTAR BELITKAN BANGSA MELAYU,WAH!!!HEBAT

Tuesday, August 5, 2008

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( angga ran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,....
Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala mak lumat yang diperlukan.. .
Seminggu selepas
FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P. Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana......
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
scroll sampai bawah.....
lagi....
lagi...
Hang dok buat apa lagi...hang dok mengulat...hang pi buat kerja nu!!!

LU PIKIRLAH SENDIRI

Friday, July 25, 2008

KIAMAT DAH DEKAT.......


Ada beberapa tanda dimana kiamat sudah dekat : maka bersiaplah untuk
menyambut kedatangan yang maha dasyat :

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf bin Malik r.a. katanya, :
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari
kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis (Yarussalem)." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah :
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka
tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
-Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10)Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan
kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

12)Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2"
-Sahih Muslim



Bekunya air mata dari kerasnya hati...
Kerasnya hati dari banyaknya dosa...
Banyaknya dosa dari lupanya mati..
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..
Renung2kan lah...

BACALAH JIKA IA BERMANFAAT[BULAN2 ISLAM]


السلام عليكم ورحمة الله

SOAL FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.

Maka mereka yang melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rejab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri, ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu’ yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke-9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka, persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Akan tetapi, tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun, cuba membongkar semula masalah ini, atas alasan maudhu dan dhaif haditsnya. Lalu dikatakan tak sunat puasa di bulan Rejab.

Apakah maksud sebenar beliau ini? Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rejab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rejab, maka ianya sudah termasuk dalam kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin.

Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rejab itu yang bersalah, tetapi beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebarluaskan fahaman songsang tersebut.

Kita lihat keterangan-keterangan selanjutnya.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:
“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rejab (yang mana) adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya.

Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya/menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang sepertinya dengan hukuman Takzir yang sungguh-sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab.

Seolah-olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:

“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rejab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Shollah (Ibnu Sholah), dan menegah engkau dari (meriwayatkannya), kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu.

Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa (Syeikhul Islam) Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rejab dan membesarkan bulannya al Haram, maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rejab?

Syeikhul Islam Izzudin Abdis Salam menjawab::

“Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa. Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbath hukum-hukum syara’). Maka betapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum–hukum syariah, tidak pernah ada di kalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah swt kerana berdasarkan beberapa hadis yang shohih yang menyungguh-nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi saw, berfirman Allah Taala:

“Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa.”

Dan sabda Nabi saw:

“Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi saw:

“Sesungguhnya seafdhal-afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud as. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.

Adalah Nabi Daud as berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan-bulan yang selain daripada bulan Rejab, dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rejab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud as dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah.

Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya, melainkan apabila terdapat tegahan syariat padanya, atau terdapat dalil-dalil kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram-lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan, seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami, mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah swt dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum iaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli Fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah swt. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya, nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”.

(Tammat fatwa Syeikhul Islam Izzuddin Abdis Salam.)

Seterusnya Ibnu Sholah telah menjelaskan maksud fatwa (Syeikhul Islam) Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjukkan atas Fadhilat/Kelebihan puasa (iaitu)

- Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh), dan

- Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.

Iaitu seperti hadits Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadits riwayat selain (daripada) mereka, daripada (Abu Umamah) Al Bahili:

Aku datang kepada Rasulullah saw maka aku bertanya:

Wahai Rasulullah! Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama.

Baginda bersabda:

“Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?”

Jawab Al Bahili:

“Ya Rasulullah, tidak ada benda yang saya makan di siang hari yang saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja.”

Bertanya Nabi saw:

“Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?”

Aku menjawab:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya kuat (berpuasa).”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah dibulan sabar, dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah di bulan-bulan Haram”.

Pada satu riwayat lain:

“Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan.”

Berkata Al Bahili:

“Tambahi lagi, sesungguhnya (aku) mempunyai kekuatan.”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah dua hari.”

Berkata Al Bahili:

“Tambahilah lagi maka sesungguhnya aku mempunyai kekuatan.”

Bersabda Nabi saw:

“Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah di bulan Haram dan tinggalkanlah, puasalah di bulan Haram dan tinggalkanlah.

Rasululah saw bersabda sambil menghimpunkan jari-jarinya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para ulama’ telah mengulas bahawa

1) Nabi saw menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadits pertama, dan

2) sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu), maka berpuasa keseluruhan adalah satu fadhilat/kelebihan.

Perhatikanlah (bahawa)

1) perintah Nabi saw dengan berpuasa di bulan-bulan Haram pada riwayat yang pertama, dan

2) perintah Nabi saw berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua,

nescaya engkau akan dapati

- Nash akan perintah berpuasa Rejab, atau

- Berpuasa sebahagian darinya kerana Rejab adalah sebahagian daripada bulan-bulan Haram, bahkan ia adalah yang paling afdhal dari kesemua bulan-bulan haram.

Maka perkataan Orang Jahil tersebut:

“Bahawa Hadits-hadits berpuasa di bulan Rejab adalah Maudhu’,

jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadits-hadits yang menunjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadits dan khususnya, (maka) itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan (yang timbul) pula dari si Jahil tersebut.

Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebarluaskan fatwanya kepada orang ramai). Kalau tidak mau juga, ditakzirlah atasnya dengan takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Wallahu Subhanahu Wa Ta’ala A’lam.

Ada banyak terminologi atau istilah ilmu hadits yang digunakan dalam posting kali ini, seperti- shohih (kadangkala ditulis shahih),

- dhoif (kadangkala ditulis dhaif),

- maudhu’,

- marfu’,

- Mursal,

- Munqothi’,

- Mu’dhal,

- Mauquf,

- Isnad,

- Fadho ilil A’mal (ringkasnya, fadhilat atau kelebihan ke atas sesuatu amalan),

- Ijma’ (ringkasnya, kesepakatan para atau majoriti ulama’ yang muktabar pada sesuatu perkara / masalah dan penyelesainnya / ketetapannya).

Saya tangguh dulu keterangan atau huraiannya untuk kelancaran penerangan semasa. InsyaAllah, saya akan huraikannya pada masa akan datang dalam thread ini juga

Wassalam.Dari satu sudut memang betul terdapatnya banyak hadits-hadits yang maudhu’, iaitu yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal para Imam (alim ulama’) kita tidak langsung berpegang dengan hadits-hadits maudhu’ tersebut sebagai dalil (akan) sunatnya Puasa Rejab. Jauh sekali daripada mereka bertindak sebegitu. Sebenarnya hanyalah mereka berdalilkan sepertimana yang telah dinyatakan (dalam postings sebelum ini) dan terdapat lagi hadits-hadits dan dalil-dalil yang lain yang akan dibincangkan selepas ini dan akan datang. Insya Allah Ta’ala.

Sebahagiannya, sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang popular yang diberikan di bawah::

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas ra., beliau telah memarfu’kannya:

إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر.

Ertinya::

“Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya (dan) beliau memarfu’kannya:

مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله.

Ertinya::

“Barang siapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam, dan barang siapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barang siapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari, menyerulah penyeru dari langit “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru, dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama di atas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang daripada Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada seseorang (iaitu para sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima wahyu (iaitu Rasulullah saw).

Mengenai hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula (iaitu):

“Bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban“,

beliau berkata Isnad hadits tersebut Dhaif.

===> Tammat komentar Ibnu Sholah. <===

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadits-hadits Dhoif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di muka surat 5.

“Sesungguhnya para ulama’ telah menetapkan bahawa hadits-hadits Dhaif, Mursal, Munqothi’, Mu’dhal dan Mauquf diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMA’. Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada Fadho ‘ilil A’mal. Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadits-hadits Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”.

Walaubagaimana sekalipun, selain daripada kenyataan Al Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal pPuasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadits-hadits yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya hadits-hadits yang bertaraf shahih sebagai pegangan para ulama’ yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT.

Kita lihat dimuka surat 22 di mana beliau menulis:

“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata: Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis, Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram. Sesiapa yang berkata sebaliknya, iaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa, maka orang tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam.”

[Ulasan: Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.]

Pada muka surat 23 beliau menyebut lagi:

”Sepertimana satu hadits yang telah meshahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah ra. ::

Saya (yakni Usamah) berkata:

”Wahai Rasululah! Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa bulan Sya’ban?”

Baginda saw menjawab:

”Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan. Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat di dalamnya semua amal ke hadrat Rabbil A’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah saw tatkala melengkungi oleh dua bulan yang agung iaitu bulan Rajab dan bulan Ramadhan, yang mana manusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua-dua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian, kebanyakan ulama’ berpendapat puasa di bulan Rejab terlebih afdhal dari bulan Sya’ban.

Siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut? Iaitulah Rasulullah saw dan para shahabat baginda. Sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadits tersebut dan hadits ini juga menjadi dalil akan sunatnya berpuasa Rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa” adalah sabda baginda saw sendiri. Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa di bulan Rejab dan tidak sunnah berpuasa di bulan Rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi saw. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis shahih.

Seterusnya Al Allamah Ibnu Hajar menambah::

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni sunat) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM (yakni bulan-bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab). Padahal Rejab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram.

Riwayat dari Abi Daud dan lain-lainnya, dari Urwah, bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar (رضى الله عنها) ::

“Adakah Rasululah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa dibulan Rejab?

Beliau menjawab:

“Ya dan baginda melebihkannya.”

Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan::

“Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab”.

Imam Al Baihaqi mengulas “Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).” Maka tsabitlah sunat berpuasa di bulan Rejab, bukan makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan ianya makruh juga adalah fasid (yakni batal) bahkan salah (yakni tidak betul) sebagaimana yang telah engkau ketahui kelebihan/fadhilat puasa Sya’ban, padahal puasa Rejab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam, kemudian baki-baki bulan Haram, akhirnya barulah Sya’ban.

Ulasan:

Sebahagian manusia mengatakan Nabi (صلى الله عليه وسلم) tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada nash berpuasa Rejab. Lantaran itu (menurut mereka) haram dan bid’ah puasa Rejab, atau segolongan yang lain mengatakannya makruh. Menurut mereka, kalau kita berkepercayaan Nabi (صلى الله عليه وسلم) ada berpuasa di bulan Rejab, maka haram sebab dusta kepada Nabi (صلى الله عليه وسلم). Ataupun menurut segolongan lagi dari mereka, kalau hendak buat juga tapi mengkhususkan niat puasa bulan Rejab maka makruh sebab (kununnya) tak ada dalil hadits yang terang.

Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah. Jikalau pihak berkenaan menafikan Nabi (صلى الله عليه وسلم) pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilan pihak berkenaan, maka hendaklah mereka bertaubat. Kalau sengaja-sengaja berbuat dusta dan kacau-bilau dalam soal kefahaman agama, maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba kita lihat satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di bawah perenggan ini nanti, iaitu satu lagi hadits yang mana tidak disangsikan lagi akan keshahihannya. Yang sangsi adalah mereka yang di dalam hati berpenyakit seperti seolah-olah mereka ini gila dunia dan kemasyhuran, sedangkan diri mereka nampaknya bukanlah orang yang layak memperkatakan soal agama yang sedemikian rupa. Seperti juga keadaannya penyakit yang sudah ditimpakan kepada

- golongan yang anti-ulama’ (seperti menafikan autoriti dan keilmuan ulama’ dengan mengatakan tiada ”priest” dalam Islam, yang mana di sini mereka jelas menyamakan agama ini dengan agama sesat seperti Kristian dan Yahudi yang mempunyai “priest” ataupun “Rabbi” mereka), ataupun

- golongan anti Ahli Sunnah, dan juga

- golongan anti Mazhab (yang menyatakan siapapun layak bercakap soal agama khususnya dalam hal ehwal fundamental TANPA ilmu yang mencukupi di mana cakapan mereka disebarluaskan kepada orang ramai, bukannya terhad untuk kegunaan diri mereka sendiri yang bermasalah itu).

Mudah-mudahan dijauhkan kiranya oleh Allah Ta’ala akan kita semua daripada tipudaya dan kerosakan serta kesesatan kefahaman Islam yang timbul pada golongan-golongan ini. [نعوذ بالله من ذلك].

Usman bin Hakam Al Ansori berkata::

”Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab.”

Beliau (Sa’id ) menjawab:

”Saya telah mendengar Ibnu Abbas (رضى الله عنها) berkata: Adalah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. - Riwayat Muslim.

Terang dan jelas dalam hadits ini yang mana menunjukan bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) berpuasa Rejab, dan mereka yang mengatakan bahawa Nabi tidak pernah berbuatnya adalah dusta.

Kalau mereka berkata:

”Aah itu hadits yang menunjukan harus puasa di bulan Rejab, bukannya sunat. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab. Sebab dalilnya hanya bersandarkan dalil yang umum akan hadits Shahih riwayat Muslim tersebut.”

Jawabnya:

Lihatlah bagaimana mereka cuba berpusing-pusing. Mula–mula mereka mengatakan tidak sunat puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi (صلى الله عليه وسلم) puasa padanya. Kemudian berdalih pula mengatakan hadits Muslim tersebut menunjukkan hanya hukum harus bukan hukum sunat sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama kaum Muslimin.

Lihatlah akan Syarah/Keterangan hadits tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8, ms 38-39, cetakan Daarul Syaqafah:

Bab: “Berpuasa Nabi (صلى الله عليه وسلم) di bulan yang selain bulan Ramadhan”.

Maksudnya::

“Yang dzahir, bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadits ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadits ini untuk ain (yakni diri atau perkara) puasa Rejab itu.

Bahkan sebaliknya bagi puasa Rejab (iaitu) sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum puasa di bulan-bulan haram). Tidak tsabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak “tidak sabit” nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi asal hukum berpuasa Rejab adalah disunatkan.

Di dalam Sunan Abi Daud (disebutkan) bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) men-sunat-kan berpuasa di bulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”.

Maksud sebenar keterangan Imam Nawawi sebagaimana yang ditulis beliau dalam kitab Syarah Muslim karangannya itu adalah hanya sanya dalil ”Kesunatan Rejab” tidak berdalilkan dengan ain/diri hadits tersebut. Bukan menafikan ”Kesunatan berpuasa di bulan Rejab”. Perhatikan baik-baik perkara ini.

Memang, berdasarkan hadits tersebut kita dapat fahamkan:

1) Nabi (صلى الله عليه وسلم) pernah berpuasa di bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa di bulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa di bulan Rejab adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

2) Hadits tersebut dilalahnya menunjukan harus berpuasa di bulan Rejab. Bukan sunat, bukan juga makruh, dan barang dijauhi akan ke-haram-annya.

3) Sekalipun hadits tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab, tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga hukum nya sunat berdasarkan Hadits-hadits Shahih yang mentsabitkan puasa di bulan Haram. Misalnya adalah hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah yang disebutkan sebelum ini dan hadits riwayat Imam Abu Daud yang juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah puasa di bulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan, Imam Nawawi menyebut “Ashlu Shaum mandubun ilaih” yang mana maksudnya ” asal hukum berpuasa adalah mandub, iaitu disunatkan”. Ditahqiqkan dengan kenyataan “bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun kepada makna ‘Asyh harul Haram”.

Tidak ada satu hadits sama ada yang bertahap Shahih mahupun Hasan yang boleh dijadikan dalil pentakhisan untuk hadits “Asyharul Haram” yang umum maknanya itu. Bahkan hadits tersebut akan menunjukkan Rejab adalah sebahagian afradnya (yakni satu bulan daripada bulan-bulan haram).

Hadits yang khusus berkenaan puasa Sya’ban dan bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadits “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan puasa di bulan Rajab. Sebabnya Muharram, Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram. Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad daripada “bulan-bulan Haram”. Hadits khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab. Maka bulan Rejab tepat di atas hukum asalnya iaitu sunat sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut, iaitulah dengan catatannya “Ashlul Shaumi Mandhubun ilaih”.

4) Juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram, misalnya bulan Safar. Bulan Safar tidak termasuk bulan-bulan Haram. Bulan Rejab adalah bulan di mana sunat berpuasa di dalamnya berdalilkan hadits-hadits yang telah lalu. Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunatkan berpuasa sebab tidak ada dalilnya.

Oleh yang demikian, jika ada orang yang berkata:

“Tidak ada langsung bezanya bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain, sebab semua hadits-haditsnya adalah maudhu’ dan dhaif. Tidak ada fadhilat, tidak ada pahala, dan kalau puasa pun tidak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya: ”Sahaja aku puasa esok, di bulan Rejab….”;

maka satu lagi perkara bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan bulan selain bulan-bulan Haram seperti bulan Safar tersebut, menunjukan ada fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab.

Maka kita ulangi lagi, “Adalah mereka yang menafikan secara mutlak fadhilat bulan Rejab adalah melakukan kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran perbuatan menyalahfahamkan keterangan yang hak yang menjejaskan kepentingan awam”.

5) Maka sebenarnya hendaklah difahami, bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan hadits Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil berpuasa Rejab sahaja. Bukan kerana berpuasa Rejab tidak ada dalilnya. Kedua-duanya adalah berbeza.

Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan, tidak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata secara khusus berpuasa di bulan Rejab, sehingga boleh ditentukan niat berpuasa Rejab secara khusus.

Jawabnya:

Kenapa Imam Nawawi mengatakan ” Ashlu Shawumi Mandubun ilaih”? Cuba pula awak jelaskan?.

Sila lihat pula kitab Majmu’ Syarh Al-Muhazzab juzuk 6 ms 386:

“Sebahagian dari puasa yang disunatkan, ialah puasa dibulan-bulan Haram, iaitu Zul Qa’edah , Zul Hujjah, Muharram dan Rejab”.

Di sini menunjukkan sunat puasa Rejab dan adanya pengkhususan puasa Rejab serta niat-niatnya.

Oleh yang demikian, setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan di antara terdapatnya hadits-hadits maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlainan.

Jangan terkeliru dan terpedaya dengan kata-kata atau tulisan mereka yang tidak bertanggung jawab ini, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadits-hadits yang dusta terhadap Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Nampaknya mereka langsung terlajak menolak terus sunat berpuasa di bulan Rejab.

Sebenarnya kaedah atau metod mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa para ulama’ Muktabar mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Bahkan mereka sehingga ke tahap berhempas pulas mencanangkan di segala majlis dan tempat dan media akan cogan kata “Hendaklah menilai semula fatwa-fatwa ulama’, jangan ikut sahaja membuta tuli”. Padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari para ulama’ muktabar berkenaan.

والله سبحانه وتعالى أعلم Wassalam.

السلام عليكم ورحمة الله

Oleh kerana hendak cepat menjelaskan, hampir keseluruhan keterangan di atas saya perolehi dari bahan yang disediakan oleh seorang Syeikh yang alim lagi mahir ilmunya iaitu Syeikh Abd. Raof Al Bahanjee, seorang guru di sebuah pondok di Tampin, Negeri Sembilan. Saya telah mendapat kebenaran daripada beliau dalam proses ini, begitu dengan kebenaran memperbaiki keterangannya jika perlu dengan melakukan proses yang sewajarnya seperti tahqiq sesuatu hadits dan lain-lain sebelum disiarkan. Jadi, jika saudara/i dapati ada sedikit perbezaan keterangan di sana sini, ianya timbul dari saya sendiri - sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan yang dibuat.

Bulan Rejab

-------------------------------------------------------------------
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
-------------------------------------------------------------------

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang
Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari
tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat
bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi
Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini
sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat
sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara
terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat
beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-
buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris
dipasaran menjelang bulan Rejab.

Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list
yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab
yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat)
inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk
melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan
jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-
rangkap sya'ir di bawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah
banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati
kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?
Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok
tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi
saw? Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-
zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di
sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama'
muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat
didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg
terkandung didalam Rejab.
-------------------
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam
Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-
Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum)
Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab
Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati
itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat
bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-
bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah
diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika
mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan
(Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg
tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga
menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10
hb Muharam).
-------------
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan
Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat
Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat
Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa
setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg
sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai
fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu,
katanya:[3] "Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada
beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman)
dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak
thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak
hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya
antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya
(naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa: "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad
bin Hajar Asqalaani meletakkan di dalam risalahnya dengan topiknya:
Penjelasan yg datang di dalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur
Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat di
dalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg
lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadilat bulan-bulan
Haram sebagaimana Firman Allah di dalam surah Taubah:36 dan terdapat
juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan
nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram,
dan yg tunggal ialah Rejab. Di masa itu orang Islam ditegah
melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat
kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh di dalam bulan Rejab
adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yg
didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau
pun hari akhir.

Berkata Ibnu Hajar: 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya
hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau
Hasan'."

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i. "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil
Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis
dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka
Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii. "Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah
dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari
maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa
8 hari mka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg
berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis
ini Dha'if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan :
"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -
Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas di dalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai
solat: "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan
Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca
pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia
memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya,
keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab
kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan
azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-
Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam
Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-
sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu,
mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan
Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar
daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula
di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku
kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi
menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab
583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari
Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan
Mi'raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya
berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama
seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya
[4]: "tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia
merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah
menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al-
Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah
bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa
Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan:
Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan
palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat
khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah
tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi
fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan
bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan
beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu.. Maka
bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai
agama. Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada
sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg
meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran
begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan
semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di
dalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu
adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg
amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah
setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata
ulama': Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar di atas perkara yg
biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih ke atas dosa kecil? Ia
menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib
mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan
yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak
dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau: "Ulama' telah
memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan
melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang
hadis: "Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia
menipu, maka dia adalah pembohong....." (Riwayat Muslim di dalam
muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia
adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu
dari sumbernya .... maka di sana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di
sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid
Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan
sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan
ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat
Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar: "Ibnu Hajar di dalam
makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg
melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan
ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah,
sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan
menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia
berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau
percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg
baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika
ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH
(Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw
bersabda: "Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan
[mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika
mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg
di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung
menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-
Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab
dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari
kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia
sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg
lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, :
berkata Ibnu Dihya :
"Puasa adalah amalan kebajikan". Tidak terdapat fadilat berpuasa
didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg
dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
---------------
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan
bab puasa sunat, mengatakan bahawa:
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-
bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat
yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan
menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].
------
Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu
berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam
Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-
Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan
dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu
apa ganjaranya? - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata
hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat
dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20
kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3
kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat
ke atas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil
30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -
Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya)
sama dengan puasa sebulan. - Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia
adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis
telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat
bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan
baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7
hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu
api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka
Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan
barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di
hisab dengan hisab yg mudah. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan
rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat
suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun
pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan
membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia
berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. - Hadis ini
Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi
yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab
mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah
memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. - Hadis ini Mawdhu'
(palsu)
*Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh
Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.
---------------
Bagaimana beramal di dalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] di dalam menjawab satu
pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal
manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut
diriwayatkan oleh Musnad Ahmad: "Seorang lelaki telah bertanya
Rasulullah saw,katanya: Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa
selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata: Jika aku berpuasa
selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya
di dalamnya dari Taubat Allah swt ke atas satu kaum, dan terdapat
taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa
dan juga terdapatnya keampunan Allah swt di dalam bulan-bulan ini.
--------
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila
ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]: "Bulan
Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu
juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil
disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg
khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda:
((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah di bulan Allah Al-
Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10
dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban di mana Nabi saw
berpuasa dengannya"
------------
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa
kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat
mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai
terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini,
cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Kata Dr
Wahbah Zuhaily[10]: "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini
terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali
berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa
di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan,
telah bersabda Rasulullah saw: ((Seafdal solat ialah pertengahan
malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah
Al-Haram)). Seafdal puasa di bulan haram ialah Hari Al-Asyura',
sebagaimana di antaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah: Sunat
berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari
semuanya iaitu:- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."
-------
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab
[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan-
bulan haram, katanya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan
Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat
khilaf dengan hanbali......... Hanbali: Menetapkan puasa Rejab
(secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak
berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."
---------
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika
diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab
itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]: "Berpuasa di dalam
bulan adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi
bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu
bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa di
dalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah
sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan,
seperti riwayat mengatakan: ((Beliau berpuasa sehingga kami
mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami
mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan
Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan
Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat
beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di
dalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas
berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari
Syawal.... Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling
berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI
TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari
Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari.
Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut
Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg
ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi
saw di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak
berpuasa sepenuhnya di dalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama.
Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-
bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana
ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya
ataupun para ulama' Salaf.
---------
Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab
persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8
jenis puasa yg beliau sifat sebagai: "Puasa yg orang Islam lakukan
bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10
Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu:- hari
13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:- Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1
hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya."

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa
sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia
mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka
hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]
-------
Kesimpulan

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu
(Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja
untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma
fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram.(Al-Saqr, Al-
Qardawi)
4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-
Qaradawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan
melakukan Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah -Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak
sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9
Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali
kelebihan bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-
bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan
puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam
bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana
ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN
Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali
kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak
fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg
sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat
Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab
atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model'
atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt
didalam surah Al-Ahzab ayat 21: "Demi sesungguhnya, adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram
sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

wassalam
kamin - 2hb Rejab 1422H
===============
Rujukan :
1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor
Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL :
http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=10249
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan
fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=1308
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=10249
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi,
1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil.
Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat
Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa.
Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan,
1996 ms. 269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.
Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-
Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab.
URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=1310
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa.
Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415
14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-
Fikr, 1989. ms 595.

Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan

Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Kelebihan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :



(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)


    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh mohammad mahyuddin abu bakar dan pelajar jordon.